PemancinG TegaR BorneO

PemancinG TegaR BorneO
Blog ini didedikasikan khas buat semua pemancing2 tegar kepulauan Borneo dan tidak lupa juga kepada pemancing2 tegar di semenanjung, semua di alu2kan. Di harap kita semua dapat menghangatkan blog ini dengan berkongsi apa2 sahaja mengenai dunia memancing seperti info terkini, peralatan, kisah@pengalaman memancing, teknik2 dan tips, selain dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan siraturahim sesama kita, tak gitu?? ..Hehehe~ Semua di alu2kan memberi pendapat. Salam…^^ Hantarkan gambar2 aktiviti memancing,tangkapan atau kisah@pengalaman benar yang pernah anda alami semasa memancing atau apa2 yang berkaitan kepada saya, sertakan dengan nama penuh dan maklumat peribadi,untuk saya postkan di blog...Tq! E-mail >> alvinasmi@yahoo.com

Chat!! Chat!! Chat!!!

Saturday, March 20, 2010

IKAN BERTUBUH SASA!!!

Ikan 'bertubuh sasa'






LONDON - Beberapa saintis telah berjaya menghasilkan ikan trout yang genetiknya telah diubah dan perutnya mempunyai 'otot' seperti ahli sukan bina badan, lapor sebuah akhbar semalam. 

Ikan mutan itu merupakan hasil usaha selama sedekad Terry Bradley yang merupakan seorang profesor perikanan dan akuakultur di Universiti Rhode Island. 

Ikan trout itu mengalami peningkatan jisim otot di antara 15 hingga 20 peratus lebih tinggi berbanding ikan biasa. 

Peningkatan jisim otot akan memberi manfaat komersial apabila ikan ternakan boleh menjadi lebih besar tanpa perlu menambah jumlah makanannya. - Agensi 

Sumber: Kosmo

P/S: Hee...Bayangkan GT,KERTANG,IBU GELAMA,AJI-AJI,SIAKAP dan SIAKAP MERAH pun di sasa kan haha...Mesti putus urat leher mancing.

-vinaskme-

YU PAUS DUA TAN DITEMUI

Yu paus dua tan ditemui



Orang ramai menyaksikan ikan yu paus yang dinaikkan di Pangkalan Kekal Lestari, Pasir Putih, Kelantan semalam.



Pasir Puteh - Penduduk Tok Bali di sini gempar apabila sekumpulan nelayan laut dalam membawa pulang seekor ikan yu paus dipercayai spesies purba di Pangkalan Kekal Lestari malam semalam.

Ikan seberat dua tan itu ditemui ketika nelayan tersebut memasuki kawasan pulau berdekatan Kuala Besar, Kota Bharu untuk mencari perlindungan daripada ancaman laut bergelora.

Tekong bot tersebut, Ek Chai Suwanpong, 46, berkata, ikan spesis Rhino-Typicus sepanjang tujuh meter itu ditemui kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Sumber: Kosmo

P/S: Huhu...Kesian nya..

-vinaskme-

Saturday, February 27, 2010

BUAYA PATAH GIGI LAWAN DUA LELAKI!!!

Buaya patah gigi lawan dua lelaki



GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Telegraph menunjukkan Thurston (kiri) dan Willie berdepan dengan seekor buaya di dalam tangki di sebuah taman buaya di Darwin.



DARWIN - Dua pemain ragbi di Australia menewaskan seekor buaya gergasi selepas bergusti dengan reptilia itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Buaya seberat 1,000 kilogram bernama Burt itu menerkam Big Willie dan Johnathan Thurston yang merupakan kapten pasukan North Queensland Cowboys selepas mereka melompat ke dalam sebuah tangki kaca berisi air di Crocosaurus Cove iaitu sebuah taman buaya di sini pada Khamis lepas. 

Ibarat bertemu buku dengan ruas, buaya tersebut bukan sahaja gagal membaham dua mangsanya itu tetapi turut kehilangan sebatang giginya dalam pertarungan sengit tersebut.

Kedua-dua pemain itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ia merupakan sebahagian acara sampingan sebelum perlawanan ujian pasukan itu dengan Gold Coast Titans hari ini. - Agensi 

Sumber: Kosmo


P/S: Hahahahha.....Masok sungai Serawakla,baruk la bertemu buku dengan ruas hahaha..

-vinaskme-

Thursday, February 25, 2010

Spesies pendatang mentaliti masih rendah atau penguatkuasa kurang berani? (ARTIKEL)

Spesies pendatang mentaliti masih rendah atau penguatkuasa kurang berani?



ADAKAH kelah seberat kira-kira 10 kilogram yang dipegang oleh Ibrahim Anon @ Ujang dan dipancing oleh Raja Sebarau Tasik Kenyir, Latiff Ahmad (kanan) akan terus wujud pada ketika ikan pendatang yang bertindak sebagai pemangsa terus menguasai tasik di negara ini ekoran kebodohan sesetengah pihak? Sebagai rekod, Latiff pernah menaikkan kelah seberat 25 kilogram di Tasik Kenyir.



TIDAK ramai yang sedar dalam diam mereka telah melakukan satu kesalahan yang mana impaknya berlarutan sehingga menyusahkan orang lain termasuk alam sekitar.

Kali ini berkenaan spesies ikan-ikan pendatang yang kini bersepah di sekitar tasik, sungai dan juga aliran jeram sekitar negara ini.

Ikan-ikan pendatang yang kini semakin mendominasi itu bukan turun dari langit atau memasuki negara ini melalui aliran sungai dari negara jiran, tetapi ia sebenarnya adalah angkara manusia.

Terbaru, Kerajaan Terengganu menawarkan ganjaran lumayan RM10,000 kepada pemancing yang berjaya menangkap ikan naga (Arapaima gigas) yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, tawaran itu dibuat kerana kerajaan negeri khuatir kehadiran ikan naga akan menyebabkan spesies ikan kecil lain di Tasik Kenyir pupus.

Sebelum ini, pernah juga orang buat pertandingan untuk musnahkan spesies ikan peacock bass (Cichla sp.) atau ikan raja yang kini sudah bermaharajalela di kebanyakan tasik sekitar bandar utama negara ini terutama di Perak.

Semuanya bermula daripada hobi dan suka-suka sebagai ikan hiasan, tetapi disebabkan sifat agresif, dua spesies di atas 'dicampak' dengan selamba oleh segelintir manusia yang tidak berotak.

Ikan raja diketahui memasuki negara daripada negara jiran di selatan dan berasal dari Sungai Amazon, begitu juga ikan naga.

Ini kejadian oleh mereka yang tidak berotak, namun ada juga kejadian yang dilakukan oleh mereka tanpa disedari.

Sebagai contoh, ikan pacu (Colossoma sp.) yang merupakan saudara terdekat ikan piranha menjadi pilihan kepada penganjur pertandingan memancing untuk dilepaskan di dalam tasik-tasik pertandingan sebelum satu-satu kejohanan.

Pacu adalah ikan pendatang yang mampu memusnahkan spesies ikan tempatan ekoran sifat agresif yang ada pada ikan itu.

Bayangkan dalam tempoh singkat ikan-ikan ini termasuk lain-lain spesies pendatang akan membiak dan dalam masa yang sama turut memakan telur, anak-anak ikan termasuk membunuh ikan tempatan seperti kelah dan temoleh yang diketahui sukar membiak.

Jadi salah siapa? Nak salahkan mereka yang tidak mempunyai otak itu atau penguatkuasa yang sentiasa tidak mempunyai cukup kakitangan untuk memantau kawasan perairan tasik yang begitu luas di negara ini?

Bagi Bidai, untuk merayu kepada orang ramai supaya tidak membawa masuk ikan-ikan pendatang itu ke negara ini adalah satu rayuan sia-sia seperti mencurah air di atas daun keladi.

Selagi ada permintaan, selagi itulah mereka yang rakus tidak menghiraukan rayuan Bidai dan juga undang-undang kerana pada mereka ikan-ikan ini memberi keuntungan berlipat kali ganda.

Apa nak jadi selepas itu bukan tanggung jawab mereka lagi, duit dah masuk poket, hati senang.
Jadi, Bidai ingin merayu kepada orang ramai dan juga kaki pancing, agar menjadi mata dan telinga penguatkuasa untuk melaporkan sebarang kegiatan membuang ikan pendatang di tasik-tasik sekitar negara ini dan bagi penguatkuasa, ambil laporan itu sebagai satu isu serius dan jalankan tindakan.

Kerjasama antara kedua-dua pihak perlu bagi mengekang kedatangan spesies-spesies pendatang ini. Kalau boleh saring di semua pintu masuk negara agar ia tidak lagi menjadi ancaman.

Bidai berpendapat, jika isu penularan virus selesema babi diambil perhatian serius, isu ikan pendatang ini juga memerlukan perhatian yang sewajarnya agar dalam tempoh jangka masa panjang, tidak lagi ada kerajaan negeri yang perlu mengeluarkan wang yang banyak dalam usaha untuk menghapuskan spesies pendatang itu.

Fikirkanlah...

Sumber: Utusan Online


P/S: Kesian spesies ikan tempatan huhuu.....Renung2kan lah dan sama2lah kita membendung masalah ni sedaya mungkin...Selamatkan ikan kita.

-vinaskme-

PemancinG TegaR BorneO

Blog ini didedikasikan khas buat semua pemancing2 tegar kepulauan Borneo dan tidak lupa juga kepada pemancing2 tegar di semenanjung, semua di alu2kan. Di harap kita semua dapat menghangatkan blog ini dengan berkongsi apa2 sahaja mengenai dunia memancing seperti info terkini, peralatan, kisah@pengalaman memancing, teknik2 dan tips, selain dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan siraturahim sesama kita, tak gitu?? ..Hehehe~

Semua di alu2kan memberi pendapat. Salam…^^


Hantarkan gambar2 aktiviti memancing,tangkapan atau kisah@pengalaman benar yang pernah anda alami semasa memancing atau apa2 yang berkaitan kepada saya, sertakan dengan nama penuh dan maklumat peribadi,untuk saya postkan di blog...Tq!

E-mail >> alvinasmi@yahoo.com

About Me

Followers