PemancinG TegaR BorneO

PemancinG TegaR BorneO
Blog ini didedikasikan khas buat semua pemancing2 tegar kepulauan Borneo dan tidak lupa juga kepada pemancing2 tegar di semenanjung, semua di alu2kan. Di harap kita semua dapat menghangatkan blog ini dengan berkongsi apa2 sahaja mengenai dunia memancing seperti info terkini, peralatan, kisah@pengalaman memancing, teknik2 dan tips, selain dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan siraturahim sesama kita, tak gitu?? ..Hehehe~ Semua di alu2kan memberi pendapat. Salam…^^ Hantarkan gambar2 aktiviti memancing,tangkapan atau kisah@pengalaman benar yang pernah anda alami semasa memancing atau apa2 yang berkaitan kepada saya, sertakan dengan nama penuh dan maklumat peribadi,untuk saya postkan di blog...Tq! E-mail >> alvinasmi@yahoo.com

Chat!! Chat!! Chat!!!

Friday, February 19, 2010

PANCING IKAN DAPAT SAMPAH (ARTIKEL)

Pancing ikan dapat sampah

Oleh Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/02/12

PETALING JAYA: Lokasi strategik berhampiran Lebuhraya Persekutuan serta dekat pusat bandar dan ibu negara, menjadikan Tasik Taman Jaya antara kawasan rekreasi kerap dikunjungi warga kota.

Kawasan tasik yang luas itu amat sesuai dikunjungi bagi menghabiskan hujung minggu bersama keluarga sama ada untuk bersukan, bersenam, berkelah mahupun untuk si kaki pancing.

Bagi kaki pancing, tasik itu satu lokasi memancing yang menjadi tumpuan kerana dekat dan mudah dikunjungi serta terdapat pelbagai jenis ikan seperti ikan tilapia, haruan, keli dan pacu.

Untuk memancing di situ, pemancing hanya perlu membayar RM15 sebulan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan akan menerima sekeping pas untuk membolehkan mereka memancing pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Metroplus mendapati tasik berkenaan kelihatan tercemar apabila airnya hitam dan berminyak serta terdapat sampah-sarap yang datang dari sistem perparitan berdekatan yang mengalirkan ke dalam tasik.

Longgokan botol kosong, tin minuman, kertas, plastik dan paling banyak bekas makanan menyebabkan air tasik seperti tempat pelupusan sampah.
Walaupun terdapat sistem perangkap sampah, ia kadangkala tidak berfungsi terutama apabila hujan dan air berserta sampah memenuhi tasik berkenaan.

“Pancing ikan, dapat sampah,” keluh seorang pemancing, Husin Abd Rahman, 64, mengenai tahap kebersihan tasik Taman Jaya yang kian membimbangkan serta mengganggu kaki pancing dan pengunjung.

“Sekarang ikan sudah berkurangan kerana air kotor dan banyak sampah. Pada waktu pagi keadaan makin teruk, keseluruhan tasik diliputi sampah dan airnya berminyak,” katanya.

Seorang lagi pengunjung yang juga penduduk sekitar tasik itu, Panneer Selvam, 42, berkata tasik dan taman rekreasi terbabit menjadi tumpuan orang ramai terutama warga kota kerana lokasi yang dekat serta mudah dikunjungi.

Sumber: HarianMetro


P/S: Isk3........Sama2lah kita membendung masalah seperti ini...

- vinaskme-

0 comments:

PemancinG TegaR BorneO

Blog ini didedikasikan khas buat semua pemancing2 tegar kepulauan Borneo dan tidak lupa juga kepada pemancing2 tegar di semenanjung, semua di alu2kan. Di harap kita semua dapat menghangatkan blog ini dengan berkongsi apa2 sahaja mengenai dunia memancing seperti info terkini, peralatan, kisah@pengalaman memancing, teknik2 dan tips, selain dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan siraturahim sesama kita, tak gitu?? ..Hehehe~

Semua di alu2kan memberi pendapat. Salam…^^


Hantarkan gambar2 aktiviti memancing,tangkapan atau kisah@pengalaman benar yang pernah anda alami semasa memancing atau apa2 yang berkaitan kepada saya, sertakan dengan nama penuh dan maklumat peribadi,untuk saya postkan di blog...Tq!

E-mail >> alvinasmi@yahoo.com

There was an error in this gadget

About Me

Followers