PemancinG TegaR BorneO

PemancinG TegaR BorneO
Blog ini didedikasikan khas buat semua pemancing2 tegar kepulauan Borneo dan tidak lupa juga kepada pemancing2 tegar di semenanjung, semua di alu2kan. Di harap kita semua dapat menghangatkan blog ini dengan berkongsi apa2 sahaja mengenai dunia memancing seperti info terkini, peralatan, kisah@pengalaman memancing, teknik2 dan tips, selain dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan siraturahim sesama kita, tak gitu?? ..Hehehe~ Semua di alu2kan memberi pendapat. Salam…^^ Hantarkan gambar2 aktiviti memancing,tangkapan atau kisah@pengalaman benar yang pernah anda alami semasa memancing atau apa2 yang berkaitan kepada saya, sertakan dengan nama penuh dan maklumat peribadi,untuk saya postkan di blog...Tq! E-mail >> alvinasmi@yahoo.com

Chat!! Chat!! Chat!!!

Monday, February 15, 2010

REZEKI MEWAH UDANG GALAH BANDAR BAHARU,PERAK (ARTIKEL)

Rezeki mewah udang galah



UDANG galah telah menjadi salah satu tarikan yang mempopularkan Bandar Baharu, Perak.



SUNGAI Kerian yang memisahkan Bandar Baharu dengan Kerian di Perak merupakan lubuk rezeki bagi kebanyakan penduduk Bandar Baharu tinggal di pinggir sungai itu.

Sungai yang kaya dengan spesies udang galah itu sehingga kini menjadi sumber pendapatan untuk lebih 200 orang yang memancing dan menahan bubu di situ.

Ikan kelisa emas (arowana) juga banyak terdapat di dalam Sungai Kerian yang memberi rezeki tambahan kepada nelayan.

"Sepanjang tahun lepas puratanya kami menangkap lebih 100 kilogram udang galah setiap bulan yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM40 satu kilogram," kata Abdul Aziz Mat, pakar penangkap udang galah di Sungai Kerian sejak sedekad lalu.

Kata lelaki berusia 65 tahun itu lagi, beliau biasa mendapat tiga hingga lima kilogram udang galah setiap kali keluar memancing dari malam hingga awal pagi.



AZIZAN (kanan) sedang menimbang udang galah yang dijual oleh penangkap udang di Kampung Asam Kumbang.





Ketika ditemui di pangkalan nelayan sungai di Kampung Parit Teropong atau juga dikenali sebagai Kampung Kubu, Abdul Aziz yang terkenal di kalangan rakan-rakannya sebagai pakar pemancing udang galah, turut menggunakan bubu untuk menangkap lebih banyak udang.

"Selain udang galah, saya menggunakan bubu untuk menangkap ikan ketutu ang mendapat permintaan tinggi dan agak mahal di pasaran," katanya.

Selain itu, bubunya turut dimasuki ikan seperti tapah dan teroboi.
Menurut Abdul Aziz, masa yang sesuai untuk memancing atau memasang bubu udang galah adalah pada waktu air surut dan air sungai jernih.

Udang galah sungai katanya, lebih sedap rasanya daripada udang laut kerana itu permintaannya lebih tinggi.



Pangkalan udang


PENANGKAP udang galah di Sungai Kerian boleh mendapat hasil tangkapan sehingga lima kilogram sehari.



Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Berjaya, Bandar Baharu, Borhan Jaafar, 37, berkata terdapat sembilan pangkalan penangkap udang galah di pinggir Sungai Kerian.

Pangkalan itu terletak di Kampung Besar, Kampung Raja Atas, Kampung Raja Bawah, Kampung Baru Bagan Samak, Kampung Parit Nibong, Kampung Asam Kumbang, Kampung Lubuk Buntar, Kampung Selama dan Kampung Inchong.

Menurut peraih udang galah di situ, Yong Boon Woo, 37, setiap hari sepanjang bulan Disember tahun lepas hasil tangkapan udang galah agak mewah sehinggakan adakalanya pemancing boleh menjual antara 40 hingga 50 kilogram sehari kepadanya.

"Harganya bergantung kepada saiz udang galah. Bagi saiz 400 gram ke atas untuk seekor, harga borong mencecah RM40 hingga RM60 sekilogram," katanya.

Menurut Yong, udang galah yang dibelinya kebanyakannya dihantar ke Ipoh kerana terdapat banyak restoran makanan laut di sana.

Seorang lagi peraih udang galah, Azizan Hassan, 58, menjadikan rumahnya di Kampung Asam Kumbang sebagai lokasi tetap untuk membeli udang galah daripada penangkap udang di sekitar kawasan itu.

"Saya membeli antara 80 hingga 100 kilogram setiap hari daripada penangkap udang galah di Sungai Kerian," kata Azizan yang bergantung kepada rezeki udang galah untuk membesarkan 11 orang anaknya. - Bernama

Sumber - Kosmo


P/S: Sapa tak minat udang galah???...Hahaha.Bagi kaki pancing udang galah di Sarawak,kita pun banyak juak port2 sungai yang kaya dengan udang2 galah monster,byk sungai boleh kita duga.Mun sik banyak udang,sik kan lah sungai Sarawak popular dengan buaya2 ganas dan monsternya kan3???..Heee!!
Sik sabar mok pg pancing udang galah bila da masa kelak...Ahakz!

-vinaskme-

0 comments:

PemancinG TegaR BorneO

Blog ini didedikasikan khas buat semua pemancing2 tegar kepulauan Borneo dan tidak lupa juga kepada pemancing2 tegar di semenanjung, semua di alu2kan. Di harap kita semua dapat menghangatkan blog ini dengan berkongsi apa2 sahaja mengenai dunia memancing seperti info terkini, peralatan, kisah@pengalaman memancing, teknik2 dan tips, selain dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan siraturahim sesama kita, tak gitu?? ..Hehehe~

Semua di alu2kan memberi pendapat. Salam…^^


Hantarkan gambar2 aktiviti memancing,tangkapan atau kisah@pengalaman benar yang pernah anda alami semasa memancing atau apa2 yang berkaitan kepada saya, sertakan dengan nama penuh dan maklumat peribadi,untuk saya postkan di blog...Tq!

E-mail >> alvinasmi@yahoo.com

There was an error in this gadget

About Me

Followers